Lms Esport Kelas Kesedaran Esport
18 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2025, telah diadakan LMS Kelas Kesedaran eSport bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport. Objektif kelas kesedaran esport pada bulan ini bertujuan memberi pemahaman kepada peserta mengenai Scammer dan Perangkap Dunia Gaming - Lindungi Diri, Lindungi Akaun dalam permainan eSport. Dalam kelas ini peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan tahu melindungi diri dari ancaman scammer online games. Peserta belajar melalui video dan perlu menanda kehadiran setelah tamat sesi pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: